Kelesuan Malaysia dalam menentang Covid

Putera Kayangan
4 min readApr 17, 2021

--

Pada awalnya, Malaysia adalah antara negara yang gah di rantau Asia dalam menentang penularan virus Covid-19 namun kini menunjukkan tanda-tanda akan tewas. Negara ini sedang berdepan dengan masalah pengagihan vaksin kepada ahli politik, penerimaan vaksin secara haram oleh keluarga diraja, jumlah pendaftaran vaksin yang rendah dan peningkatan jumlah kes secara mendadak.

Malaysia tidak bersendirian dalam berhadapan dengan peningkatan jumlah kes di Asia Tenggara. Sebagai contoh, negara Brunei, Kemboja, Thailand, Indonesia dan Filipina turut berdepan dengan masalah yang sama. Dengan hampir lebih daripada 9000 kes sepanjang minggu ini, peningkatan jumlah kes di Malaysia telah meningkat hampir 35% berdasarkan statistik oleh laman sesawang Worldometer.

Kementerian Kesihatan sedang mengenal pasti punca jumlah pendaftaran yang rendah dan memikirkan kaedah untuk mempertingkatkan jumlah pendaftaran vaksin. Dalam pada itu, proses vaksin turut berjalan dengan perlahan. Setakat ini, Malaysia baru sahaja selesai melakukan vaksinisasi kepada 3.2% populasinya dan pihak kerajaan baru sahaja selesai fasa 1 bagi proses vaksinisasi ke atas barisan hadapan.

Peningkatan ketidakpuasan hati mengenai cara vaksin diperolehi telah mengancam kedudukan rejim Muhyiddin Yassin yang kini menerima perlindungan daripada Proklamasi Darurat oleh Yang Dipertuan Agong yang dijangka akan tamat sehingga Ogos ini. Ramai pihak percaya bahawa Proklamasi Darurat diperkenalkan sekadar untuk melindungi beliau dan kekaburan jumlah majoriti beliau di Dewan Rakyat.

PAS dan UMNO sejak beberapa minggu lalu telah menyatakan hasrat secara halus untuk keluar daripada kerajaan terutama apabila Muhyiddin secara giat mengumpan ahli UMNO untuk menyertai partinya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk menguatkan nombornya.

Kisah Agong dan vaksin

Antara kekhuatiran yang dibualkan oleh lingkungan elit politik dalam negara ialah terlalu banyak minat untuk membeli vaksin secara peribadi. Meskipun tiada sebarang pengesahan dapat dilakukan, sumber di Kuala Lumpur menyatakan bahawa individu yang terlibat ialah Hamzah Zainuddin, Menteri Dalam Negeri dan Adham Baba, Menteri Kesihatan.

Kemudian, muncul pula Yang Dipertuan Agong Malaysia yang telah menaiki takhta sejak setahun lalu yang mempunyai kuasa untuk mengekalkan Muhyiddin menerusi proklamasi Darurat pada 12 Januari.

Dua sumber telah menyatakan bahawa Sultan Abdullah telah ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada Januari bersama Menteri Luar, Hishamuddin Hussien dan Peguam Negara, Idris Harun untuk berbincang dengan Putera UAE, Putera Mohamed bin Nayan yang merupakan rakan sekelas Sultan Abdullah di Sandhurst mengenai dana dalam kes 1Malaysia Develoment Bhd sebelum ia terpalit dengan skandal.

YDPA bersama rombongannya dikatakan telah diberi suntikan vaksin Sinopharm di UAE yang merupakan antara negara terkemuka di dunia yang terlibat dalam penghasilan vaksin. Lebih menarik lagi, vaksin itu tidak diluluskan di Malaysia dan menerima suntikan tersebut dianggap sebagai satu jenayah.

Berdasarkan sumber, YDPA diberikan 2000 dos suntikan tambahan untuk diberikan kepada ahli keluarga dan rakan untuk dibawa pulang ke Malaysia. Pemberian vaksin kepada ahli keluarga YDPA telah diberikan oleh Zulkarnain Ishmail yang merupakan Doktor peribadinya yang berkhidmat di Hospital Gleneagles di Kuala Lumpur dan Hanafiah Harounrashid daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Jumlah dos lain didakwa diberikan kepada rakan dan rakan kongsi perniagaan. Selebihnya telah diberikan kepada Muhyiddin dan menteri lain yang telah menolak kerana menunggu kedatangan vaksin Pfizer dalam beberapa minggu selepas itu.

Masalahnya bermula apabila dia mengarahkan agar Kementerian Kesihatan mengeluarkan buku kecil berwarna kuning kepada orang yang telah divaksinasi bagi membenarkan mereka melakukan perjalanan ke negara-negara yang akan menerima buku kecil itu,” kata sumber itu.

Bagaimanapun, mereka akan memiliki ketenangan fikiran bahawa mereka tidak akan terdedah dengan Covid-19 jika dibandingkan dengan rakyat Malaysia di kampung.

Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan sekitar 200 buku kecil kepada keluarga dan rakan Raja serta lain-lain ketika Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Noor Hisham bertindak menghentikannya setelah memberi amaran bahawa ia adalah satu jenayah kerana vaksin itu belum dipersetujui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sumber saya telah beritahu bahawa Noor Hisham telah mengarahkan serbuan di dua pejabat doktor itu dan mendapati bahawa Zulkarnain mempunyai vaksin di pejabatnya. Penemuan itu telah menyebabkan bahawa Kementerian Kesihatan pertimbang untuk mendakwanya di mahkamah tetapi YDPA dan PM bertindak menghalangnya.

Kedua-dua doktor itu terus memberikan vaksin di Istana Negara kepada rakan-rakan YDPA sehingga habis.

“Ini adalah skandal yang sedang dibicarakan dalam lingkungan elit pemerintah tetapi tiada pihak berani mendedahkan kepada pihak umum disebabkan oleh undang-undang hasutan dan darurat.”

Terdapat sumber menyalahkan banyak masalah lain dalam memerangi Covid-19 terhadap Pengarah Kesihatan, Noor Hisham, yang pada awalnya dianggap berperanan dalam mengurangkan kes-kes tetapi kini tidak disukai oleh dalam kalangan elit pemerintah kerana tingkahlakunya bersifat diktator walaupun imej awamnya tetap positif.

“Dalam kabinet yang tidak berfungsi dan terdiri daripada menteri yang tidak kompeten, Noor Hisham menentukan apa yang harus dilakukan dan apa yang tidak dapat dilakukan,” kata seorang sumber.

“Dalam kabinet yang tidak berfungsi dan terdiri daripada menteri yang tidak kompeten, Noor Hisham menentukan apa yang harus dilakukan dan apa yang tidak dapat dilakukan,” kata seorang sumber, sambil menambahkan bahawa pengkritiknya mengatakan bahawa dia melambatkan untuk menyetujui vaksin Pfizer sehingga Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan Britain telah memperakuinya. Sekarang, dengan giliran panjang untuk memperoleh bekalan vaksin termasuk Israel, Bhutan, dan Singapura yang telah memvaksinasi sekurang-kurangnya 28.5% warganya dan bersaing dengan negara lain. Situasi Malaysia kini digambarkan oleh sumber sebagai “di giliran belakang”

Masalahnya ialah “negara kaya telah mengaut bekalan Covid-19,” kata Khairy Jamaluddin, menteri penyelaras imunisasi Covid-19, dalam satu kenyataan. “Beberapa negara kaya telah membeli bekalan vaksin menjangkau sehingga hampir tiga hingga lima kali ganda lebih daripada jumlah penduduknya. Banyak syarikat farmaseutikal memilih negara kaya dengan sebab yang jelas. Itulah sebabnya Malaysia terpaksa menyeimbangkan portfolio vaksin kami untuk memasukkan Pfizer, AstraZeneca tetapi juga dari negara bukan Barat seperti Sinovac. "

Tulisan ini adalah berdasarkan tulisan John Berthelsen di laman sesawang Asia Sentinel dan ditulis semula dalam Bahasa Melayu.

--

--

Putera Kayangan
Putera Kayangan

Written by Putera Kayangan

Menafsir berita dalam Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu untuk bacaan rakyat Malaysia